Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang
dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa
yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh
orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang
mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala
selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali
perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa
yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau
burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama
ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang
meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya
dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari
ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu
mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam
:
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3.
Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar