Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan
Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit
Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering
bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang
tidak ada pada nabi-nabi lain.Suatu hari Nabi Musa telah bertanya
kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran
dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu,
kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari
Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah
beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat
berkenaan.
DeNgan pertolongan beberapa orang penduduk di situ,
beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau
dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan
Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar
kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu
didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata
Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Bai itu
dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering
serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian
dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar.
Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan
dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar
semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai
saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama
Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata
Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya
kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa
yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku
berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun
rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.",
sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka
diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia
yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu
lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk
dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai
anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang
bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami,
maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam
neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang
soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam
neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada
ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi.
Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat
kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa
kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih
sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga
dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga
bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya
kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan
membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang
dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
arti sayang seorang
anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang
seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya
mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar