Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh
keistimewaan dari Allah SWT sehingga bisa memahami bahasa binatang. Dia bisa
bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam
Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang
menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini. Firman Allah,
Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, hai manusia, kami telah
diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu.
Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu karunia yang nyata.
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia
dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga
apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, hai semut-semut,
masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan
tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari.
Maka Nabi
Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu.
Katanya, Ya Rabbi, limpahkan kepadaku karunia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang
telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; karuniakan
padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau ridhai; dan masukkan aku
dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml:
16-19)
Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi
Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, Wahai semut! Berapa banyak engkau
perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun? Sebesar biji gandum,
jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji
gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman
membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya
memakan sebahagian biji gandum itu. Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan
tidak menghabiskannya? tanya Nabi Sulaiman. Dahulu aku bertawakal dan pasrah
diri kepada Allah, jawab si semut. Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa
Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin
apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh
memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku
harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.
Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya
adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT
semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik
dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi
Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan;
sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.
Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa
yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi
Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya
tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih
tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi
Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya
lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah
kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar