Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka
Jahannam itu adalah hiam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan
ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung,
pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng
itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya
pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut
bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap
gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula
terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa
setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas.
Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah
bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat
nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka
Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah
kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan
muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang
mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka
bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami,
selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah
S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam,
dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu
ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu
besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang
bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi
keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak
perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana
kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan
hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan
membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar