Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan
supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W
memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah
S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada
ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan
datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?"
Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah
kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan
kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku
di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca
Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun
orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan
di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di
atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi
perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga
keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami
tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana
anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an
Tidak ada komentar:
Posting Komentar