ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi
suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak
mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap
kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa
didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan
sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak,
"Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap
Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia
berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari
suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan
bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan
isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata,
"Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang
selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh
isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut
dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang
rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil
isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau
dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan
duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat
dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."
Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg
duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah
terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada
isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah,
dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar